Ibu bapa wajar bantu sedia kemudahan sekolah

GOMBAK: Pembabitan ibu bapa di sekolah bukan saja tertumpu padabantuan dana sebaliknya turut membantu menyediakan kemudahan lainsecara menyeluruh untuk kepentingan pelajar.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SekolahBerasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Malek Amir Azmin Abd Aziz,berkata ibu bapa perlu faham konsep kebersamaan antara pihaksekolah dan PIBG iaitu membantu menyediakan kemudahan yang akandigunakan sepanjang anak mereka berada di sekolah.

 

"Ibu bapa tidak boleh menganggap kutipan atau dana yang diberisebagai paksaan sebaliknya ia digunakan seratus peratus untukprasarana diperlukan oleh anak mereka.

廣告-請繼續往下閱讀

PENGARANG Eksekutif Berita Harian, Datuk Ahmad ZainiKamaruzzaman bersama Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Malek AmirAzmin Abd Aziz beramah mesra dengan pelajar pada Majlis PerasmianHari Terbuka Asrama SBPI Gombak, hari ini. - Foto Rosdan Wahid

"Stigma segelintir ibu bapa yang mengatakan kutipan sudah dibuattapi tiada hasil perlu ditangkis dengan pembabitan secara seriusibu bapa dalam program yang dianjurkan oleh pihak sekolah," katanyaketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Terbuka Asrama SBPIGombak, di sini, hari ini.

 

Majlis perasmian Hari Terbuka Asrama SBPI Gombak itudisempurnakan Pengarang Eksekutif Berita Harian, Datuk Ahmad ZainiKamaruzzaman.

Yang turut hadir, Pengetua Cemerlang SBPI Gombak, Nor HayatiYusoff, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Maimunah Ismail danPenolong Kanan Kokurikulum, Sarimah Samuri.

 

Malek Amir Azmin berkata, pembabitan ibu bapa dalam acarasekolah dapat membantu sekolah dalam aspek penambahbaikan danmencetus idea baharu tidak kira dalam pembelajaran mahupuninfrastruktur kemudahan yang digunakan oleh anak masing-masing.

 

"Ibu bapa perlu turun padang dan melihat sendiri kekurangan danpenambahbaikan yang boleh dilaksanakan di sekolah.

"Melalui program seperti hari terbuka asrama ini mahupun programlain, ibu bapa tidak boleh meletakkan tanggungjawab sepenuhnyakepada pihak sekolah sebaliknya bersama-sama membantu untukkebaikan bersama," katanya.

 

Sementara itu, Nor Hayati berkata, Hari Terbuka Asrama yangdianjurkan bukan saja bertujuan bagi mengumpul dana sebaliknyasecara tidak langsung dapat melahirkan pelajar untuk bijakmerancang, mengelola dan melaksanakan program berasaskan sistemrumah.

"Pelajar asrama meluangkan masa 273 hari sepanjang tahun untukberada di asrama. Mereka dibentuk oleh rakan sebaya, warden dansekolah selain ibu bapa di rumah.

廣告-請繼續往下閱讀

 

"Oleh itu, pentingnya kemudahan sistem rumah dipraktikan ketikaberada di asrama dan pihak sekolah sentiasa berusaha menyediakankemudahan lengkap kepada mereka," katanya.