Hasrat kembalikan PPSMI hanya janji kosong

Cadangan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr MahathirMohamad, untuk mengembalikan semula Pengajaran dan PembelajaranSains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) jika pembangkangmemenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), disifatkan sebagaijanji kosong.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata adalahsukar untuk menghidupkan semula PPSMI yang sudah dimansuhkansendiri oleh Timbalan Pengerusi PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketikamenjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap MenteriPendidikan pada tahun 2012.

"Pada waktu ini, kita di peringkat kementerian sudahmelaksanakan dua program pendidikan yang mempunyai matlamat samaseperti PPSMI iaitu Program Imersif Tinggi (Highly ImmerseProgramme-HIP) dan Program Dwibahasa (DLP), yang mana HIP bertujuanmeningkatkan penguasaan bahasa Inggeris (BI) dalam kalangan muridmelalui pendedahan lebih tinggi terhadap bahasa berkenaan.

"Manakala, DLP pula adalah suatu program pilihan kepada sekolahmenggunakan BI dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Sains sertaMatematik dan sehingga kini, terdapat 10,000 sekolah di seluruhnegara melaksanakan HIP dan 1,500 sekolah pula memilih mengikutiDLP.

"Jadi, jika PH mahu melaksanakan semula PPSMI jika merekamemenangi PRU-14, itu terpulang kepada mereka kerana mereka hanyaboleh menabur pelbagai janji kepada rakyat.

 

"Adakah mereka mampu melaksanakannya dan mengendalikan programberkenaan mengikut kesesuaian semasa kelak," katanya selepasmenghadiri Program 'Kembali Ke Sekolah' di Sekolah MenengahKebangsaan (SMK) Kuala Nerang, di sini hari ini.

Mahdzir berkata, Dr Mahathir pada waktu ini dilihat sebagaiinsan yang hanya pandai menabur janji kepada rakyat tanpamemikirkan implikasi atau kesannya kepada murid atau sistempendidikan.

"PPSMI dulunya mendapat tentangan bukan saja daripada pihakpembangkang, malah daripada wakil kerajaan sehinggakan Muhyiddinketika itu bertindak memansuhkannya.

廣告-請繼續往下閱讀

"Sekarang, Dr Mahathir hendak kembalikan rancangan pendidikanyang sudah tiada, walhal pada masa sama kita sudah mempunyairancangan pendidikan sendiri yang ditambah baik pelaksanaannya,"katanya.

 

Mahdzir yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut menempelaktindakan Pengerusi PH itu yang menyatakan kesediaannya dijadikanumpan untuk meraih sokongan pengundi Melayu pada PRU-14 nanti.

 

"Adalah janggal apabila Dr Mahathir yang sudah puluhan tahunberjuang dalam politik sanggup menjadikan dirinya umpan semata-matauntuk meraih undi orang Melayu bagi memenuhi agenda DAP.

 

"Walhal, dia sendiri dulu pernah berkata DAP anti-Melayu,anti-Islam dan sebuah parti cauvinis tetapi sekarang demimendapatkan undi, beliau sanggup memperalatkan diri untuk partigabungan diketuai DAP," katanya.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Mahdzir yang juga AhliParlimen Padang Terap menyampaikan sumbangan barangan kelengkapansekolah seperti beg, pakaian, kasut dan alat tulis kepada 400 orangmurid sekolah rendah seluruh Parlimen Padang Terap.

 

廣告-請繼續往下閱讀

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid (kiri) memakaikanbeg sekolah kepada murid yang menerima sumbangan sambildiperhatikan Ketua Tanggungjawab Koprat UEM Group Berhad, NadiaHanafiah (dua kiri) pada Program Back To School Parlimen PadangTerap anjuran Barisan Nasional Backbenchers Council (BBNBC) dengankerjasama Syarikat UEM Group Berhad di Sekolah Menengah KebangsaanKuala Nerang. - Foto Sharul Hafiz Zam