Pesara guru maut kemalangan

 

Pesara guru maut kemalangan

1 MAC 2018

 

PESARA guru terbunuh selepas kenderaan dipandunya bertembungdengan Perodua Axia yang hilang kawalan dalam kemalangan diKilometer 96, Jalan Johor Bahru-Melaka, Rengit , Batu Pahat, hariini.

廣告-請繼續往下閱讀

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul WahibMusa berkata, dalam kejadian 4.20 petang, mangsa Ratenah Emam, 64,maut serta-merta di lokasi kejadian akibat parah pada anggotabadan.

 

Katanya, mangsa yang memandu Perodua Kelisa dalam perjalanandari Rengit menghala ke Kampung Punggur, Batu Pahat.

 

「Sampai di tempat kejadian, Perodua Axia dari arah bertentanganhilang kawalan lalu bertembung dengan kenderaan mangsa.

 

「Akibat itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Bedahsiasat akan dilakukan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI),esok,」 katanya.

 

Menurutnya, pemandu Perodua Axia berusia 19 tahun yang cederadimasukkan ke HSNI untuk rawatan lanjut.

 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta PengangkutanJalan (APJ) 1987.