Guru meninggal ketika kayuh basikal

 

廣告-請繼續往下閱讀

Alias

 

BESUT - Aktiviti berbasikal seorang guru Pra Sekolah berakhirkhabar menyedihkan apabila dia mati mengejut, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kita jam 9 pagi, Alias Abd Ghani, 32, yangmengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Mahmud, di sinidipercayai terkena serangan jantung ketika berbasikal bersamaseorang rakannya yang juga guru di sekolah sama.

Rakannya, Zuhairi Md Dawam, 47, berkata, mangsa tidak sedarkandiri ketika berhenti rehat di tepi jalan selepas mengadu keletihanberhampiran simpang tiga Kampung Lapan Kotak, di sini.

Menurutnya, beliau membawa mangsa ke Unit Kecemasan HospitalBesut dan tidak lama kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawaiperubatan bertugas.

「Sebelum itu, kami berdua bertolak dari sekolah (SK TengkuMahmud) kira-kira jam 8 pagi untuk pergi ke Lata Belatan, Jabi,」katanya.

Zuhairi berkata, selepas kira-kira empat kilometer mengayuhbasikal, beliau perasan Alias seperti keletihan dan tertinggal jauhdi belakangnya.

Menurutnya, melihat keadaan mangsa, dia meminta mangsa mengayuhdi hadapan namun apabila sampai di tempat kejadian mangsa memberiisyarat mahu berhenti.

「Dia kata tidak larat lagi untuk meneruskan kayuhan keranakeletihan tetapi ketika itu dia biasa sahaja cuma memang nampakletih sikit.

「Lalu saya tinggalkannya di wakaf sementara saya pulang semulake sekolah untuk mengambil kereta untuk  bawanya pulang keranadia sudah kepenatan,」 katanya.

Zuhairi berkata, sebaik dia tiba semula di tempat itu , diadapati penduduk kampung sudah berada berhampiran mangsa yang  sudah tidak sedarkan diri.

Menurutnya, beliau bergegas bawa Alias ke Hospital Besut namunsepuluh minit selepas berada di unit kecemasan hospital, pegawaiperubatan memaklumkan Alias sudah meninggal dunia.

「Saya amat terkejut dengan kejadian ini kerana ketika mula mahumengayuh pagi tadi , dia sihat dan ceria malah memberitahu sampaike Lata Belatan.

廣告-請繼續往下閱讀

「Kami sering melakukan aktiviti berbasikal bersama sejak empattahun lalun kadang-kadang kami kayuh  sehingga ke LataTembakah, Hulu Besut.

「Dia nampak sihat dan tidak pernah mengadu mengalami sebarangmasalah kesihatan,」 katanya.

Jenazah Alias dibawa pulang ke  rumah ibu bapanya diPelong, Setiu untuk dikebumikan di sana dan meninggalkan seorangisteri (suri rumah) dan dua anak lelaki berusia dua dan empattahun.