Kementerian Pendidikan disaran tetapkan yuran PIBG

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan disaran menetapkan hargasiling bagi pembayaran yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)berdasarkan kemampuan setiap ibu bapa.

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof MadyaDatuk Dr Mohd Ali Hassan berkata langkah itu bagi mengelak ibu bapaterbeban dengan jumlah yuran yang terlalu tinggi di sesetengahsekolah terutamanya di kawasan bandar.

「Kementerian perlu mengeluarkan garis panduan had yuran yangperlu dibayar ibu bapa dengan mengambil kira kepada kedudukan danjenis sekolah serta keupayaan ibu bapa pelajar itu sendiri sama adadi sekolah menengah, rendah mahupun di luar bandar.

「Malah kementerian juga boleh memberi pengecualian kepada ibubapa yang mempunyai bilangan anak yang ramai atau daripada golonganisi rumah berpendapatan rendah (B40) daripada membayar yurantersebut,」 katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Maliksemalam bahawa pihaknya tidak bercadang menyelaraskan yuran PIBG diseluruh negara, namun berharap terdapat perbincangan mengenaiperkara itu bersama ibu bapa terlebih dahulu supaya kadarnya tidakmembebankan.

廣告-請繼續往下閱讀

Menurut Mohd Ali, kementerian juga perlu mengadakan perbincangandengan pihak berkaitan termasuk PIBGN dalam menetapkan garispanduan harga siling tersebut bagi memastikan mekanisme yangdiwujudkan nanti benar-benar berkesan dan boleh dilaksanakan.

Malah sebarang keputusan mengenai harga siling itu juga perlumendapat persetujuan daripada mesyuarat PIBG di sekolah dandiluluskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah.

Beliau turut mengingatkan bahawa keutamaan yuran PIBG tersebutadalah bagi keperluan kebajikan, pembangunan pendidikan mahupunkeselamatan sekolah.

「PIBG mesti mengambil maklum yuran tersebut bukan lah untuktujuan majlis keraian, membiayai pakaian seragam ko-kurikulum atauperalatan persekolahan yang boleh dibeli di kedai seperti setperalatan geometri dan buku kerja,」 katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan PerguruanKebangsaan Malaysia (NUTP) Kamarozaman Abd Razak mencadangkan hargasiling yuran PIBG pada kadar RM50 yang dianggapnya memadai dantidak membebankan.

Beliau berkata jumlah itu jika dikumpul sudah cukup untukmenggerakkan aktiviti serta menguruskan pembelajaran pelajar selainmelaksanakan program pendidikan.

「Yuran ini merupakan sumbangan ibu bapa dalam membangunkanaktiviti pendidikan anak mereka jadi sekiranya mereka berkemampuan,tidak menjadi masalah jika mereka menyalurkan lebih daripada jumlahharga siling tersebut demi anak-anak mereka,」 katanya.

Mengenai jaminan kementerian bahawa tiada lambakan pelajar disekolah harian berikutan tawaran memasuki Sekolah Berasrama Penuh(SBP) tahun ini mengutamakan golongan B40 dan penduduk di luarbandar, Kamarozaman berkata setakat ini jumlah pelajar paling ramaibagi setiap kelas adalah 40 orang yang dianggap masih memadai.

Bagaimanapun jumlah paling bersesuaian untuk mendidik muriddengan lebih berkesan adalah pada kadar 25 hingga 30 murid bagiseorang guru.

「Sekiranya jumlah murid melebihi 40 orang setiap kelas, kamiberharap kementerian mempercepatkan proses penambahan guru bagimengurangkan beban serta memudahkan proses pembelajaran murid,」katanya. - Bernama

廣告-請繼續往下閱讀

 

這樣的收費列表非常具誤導性。學校的各種收費皆有《教育專業通令》指南清楚闡明。譬如,家協會員獻金必須根據《家協章程》章程第37(a)的規定,而且是非強迫性的。實施的慣例是以一個家庭為單位,即兩個或以上的孩子,就只需繳付一份家協會員獻金。

廣告-請繼續往下閱讀

至於學校所允許繳交的額外收費,都是根據《教育專業通令》 SPIBil.13/2007,即課外活動、校內考試紙張、運動會、宗教教育或道德教育活動、保險及大馬學校運動理事會(MSSM)等花費。至於沒有列入《教育專業通令》的補習班、電腦班、數碼教學,或精明課室等是不允許收費的。若有需要開班,校方或家協必須另外向州教育局或縣教育局註冊官提出申請。

《家協章程》第32項闡明,家教大會報告與賬目必須在30天內呈交給州教育局或縣教育局註冊官。然而,一般上家協或學校方面,就當該報告已經獲得批准了。家協大會上所提呈的議程,純粹是尋求會員的接納和認同,隨後校方必須就其他收費事項,提出個別申請,以尋求批准。

該所華小還犯了一個錯誤,即它竟然將2017年的收費列表編入家協大會手冊,卻不見2018年所需要尋求接納的收費列表。這項目被家長發覺,提出異議之後,校方才將2018年的收費列表通過投影機展示;由於視覺效果非常之差,引起家長議論紛紛。

廣告-請繼續往下閱讀

這個年代,學校或家協竟然還會鬧出這樣的烏龍醜事,實在是讓人難於接受。況且校長經常標榜受過教育領導者專業資格(NPQEL)的培訓,竟然會是這樣的素質,讓人質疑校長培訓制度,教人搖頭感嘆!