Mak tak ada duit, tak payah sekolah jauh. - Tapi rezeki anak ini murah

'Mak tak ada duit, tak payah sekolah jauh.' - Tapirezeki anak ini murah

 

GOMBAK - "Berat hati nak lepaskan dia belajar jauh-jauh tapidemi masa depannya saya relakan,」 luah seorang ibu, Che EsahMohamad,50 yang menghantar anaknya ke Sekolah Berasrama PenuhIntegrasi (SBPI) Gombak bagi sesi kemasukan tingkatan 1, pagisemalam.

Che Esah dari Pengkalan Kubor Kelantan berkata, dia meminta anakkeempatnya, Nurhanani Razak, 13, untuk menyambung pelajaran disekolah sekitar Kelantan sahaja memandangkan keadaan ekonomikeluarga yang tidak mengizinkan.

 

Namun menurutnya, selepas dinasihati keluarga dia akur danberharap anaknya yang peroleh 6A dalam UPSR mampu meneruskankecemerlangan.

 

「Saya kata pada dia (Norhanani) tak payah sekolah jauh, sayatak ada duit.. tapi selepas dipujuk anak-anak yang lain jugamakciknya yang berada di Gombak saya lepaskan dia.

「Saya tak mampu kerana tidak bekerja tetap, kos daftar danbelanja sekolah pun makciknya yang uruskan,」 katanya yangmengalirkan air mata kesedihan.

Dia ditemui ketika tinjauan hari pertama pendaftaran pelajar B40SBPI Gombak oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah BerasramaPenuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan, AidieJantan.

Che Esah berkata, Norhanani turut mempunyai kembar, Norhanananamun belajar di sekolah harian di Taman Melawati dan tinggalbersama mak ciknya di Gombak.

「Mereka kembar dan tidak biasa berjauhan, walaupun tak samasekolah tapi bila dekat mereka boleh berjumpa pada hujungminggu.

「Saya harap Hanani dapat gunakan peluang yang ada untuk belajardan berdikari. Tak semua dapat peluang belajar di sekolah yangbaik, soal duit insya-Allah kami akan usahakan asalkan diaberjaya,」 katanya.

Mahu jadi pensyarah

廣告-請繼續往下閱讀

Sementara itu, Norhanani yang bercita-cita untuk menjadipensyarah berkata, dia gembira selepas terpilih memasuki SBPI,sekolah yang memberikan kemudahan serba lengkap dan terkini dalampembelajaran.

「Saya tak pasang impian nak sekolah di sini dan tak kisahbersekolah di mana-mana sekalipun tapi lepas dapat surat tawaransaya gembira dan bersyukur.. Saya janji belajar bersungguh-sungguhuntuk bantu keluarga,」 katanya.

15470394373530.jpg

Tamam (kanan) bersama isteri dan anak hadir semasa sesiperndaftaran tingkatan 1, SBPI Gombak.

Seorang bapa dari Lembah Subang, Tamam Hasan, 54, yang turutmenghantar anak bongsunya, Aziz Hafiz ketika sesi pendaftaransemalam menyokong minat anaknya dalam pelajaran dan mahu anaknyaberjaya dunia dan akhirat.

「Dia anak bertuah berbanding yang lain cemerlang dalam pelajarandan diberikan sekolah yang baik-baik. Adik beradiknya jugacemerlang cuma tak berpeluang belajar di sekolah

terbaik sepertinya.

「Hafiz dari kecil mendengar kata dan senang dibentuk jadi mudahuntuk kami didik dia. Bila dia minta tuisyen kami tunaikan dan diacemerlang dalam UPSR (6A) dan UPKK (8A),」   katanya yangmembelanjakan hampir RM1,000 untuk persediaan kemasukan anaknya keSBPI Gombak.

15470394389849.jpg

廣告-請繼續往下閱讀

Aidie meninjau proses pendaftaran pelajar tingkatan satu SBPIGombak.

Kemasukan SBP meningkat

Sementara itu, Aidie berkata, seramai 52.28 peratus atau 4,888calon dari keluarga B40 ditempatkan di SBP seluruh negara bagi sesipersekolahan 2019 memunjukkan peningkatkan 15.34 peratus dari tahunsebelumnya.

「Ia selari dengan dasar kerajaan baharu membantu golongan kurangberkemampuan yang cemerlang akademik dan kokurikulum memperolehpendidikan berkualiti dan kondusif.

「Sebagai mengurangkan beban keluarga, kementerian akanmenyediakan bantuan seperti bayaran makanan asrama, pakaian dankeperluan sekolah serta biasiswa dari syarikat korporat sertakerajaan bagi yang layak,」 katanya.

15470394396617.jpg

Aidie ketika ditemu bual media pada hari pertama pendaftaran keSekolah Berasrama Penuh Tahun 2019 di Sekolah Berasrama PenuhIntegrasi Gombak, semalam.

 

Katanya, peluang terbuka kepada B40 diharap memberikan motivasikepada pelajar meneruskan kecemerlangan dan meningkatkan tarafsosial keluarga.

「Pemilihan pelajar ini bukan hanya bergantung kepada keputusanUPSR semata-mata tetapi turut ditekankan dari aspek penilaian ujiantemuduga kemasukan khususnya sejauh mana

persediaan pelajar itu sendiri tinggal di asrama.

「Langkah itu tepat disebabkan jumlah mereka yang keluar dariasrama tinggi kerana gagal menyesuaikan diri dengan jadualpembelajaran sekolah berasrama dan berjauhan dari keluarga ,」katanya.

廣告-請繼續往下閱讀

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai ambilan pelajar kesbp tahun ini, boleh baca temu bual khas bersama Timbalan KetuaPengarah Pelajaran Shaari Othman melalui link ini:

https://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/pendidikan-sempurna-untuk-semua-kpm-tingkat-kemasukan-pelajar-dari-golongan-b40-ke-sbp-1.920357

15470394405737.jpg

Ibu bapa mendaftarkan anak mereka pada hari pertama pendaftaransekolah Berasrama Penuh Tahun 2019 di Sekolah Berasrama PenuhIntegrasi Gombak, semalam.

15470394419751.jpg

Dua pelajar sekolah menyusun atur kelengkapan di asrama padahari pertama pendaftaran ke Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2019.

15470394414413.jpg

廣告-請繼續往下閱讀

Aidie (kiri) membetulkan baju pelajar pada hari pertamapendaftaran.

15470394423662.jpg

Aidie beramah mesra bersama pelajar sekolah pada hari pertamapendaftaran ke Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2019 di SekolahBerasrama Penuh Integrasi Gombak, semalam.

15470394435465.jpg

Ibu bapa menghantar anak pada hari pertama pendaftaran keSekolah Berasrama Penuh Tahun 2019.

 

 

馬來西亞教育可分成幾個階段:

託兒所教育(英語:Nursery Education)

幼兒教育 (馬來文:Pendidikan Tadika)(英語:Kindergarten Education)

小學教育 (馬來文:Pendidikan Sekolah Rendah)(英語:Primary SchoolEducation)

中學教育(Pendidikan Sekolah Menengah)(英語:Secondary SchoolEducation)

大學先修教育(馬來文:Pendidikan Pra-Universiti)(英語:Pre-UniversityEducation)

廣告-請繼續往下閱讀

高等教育(英語:Higher Education)

馬來西亞一共有兩個執法部門負責本國教育事務,它們分別為馬來西亞教育部(馬來文:Kementerian PendidikanMalaysia)(英語:Ministry of Education Malaysia)和馬來西亞高等教育部(英語:Ministryof Higher EducationMalaysia)。教育部負責處理國立中學、國立小學事務,而高等教育部則負責處理中學以上的國立以及私立高等教育事務。馬來西亞政府和教育部提倡「強化馬來語,提倡英語,並掌握母語」的教育制度,鼓勵學生必須掌握兩語之外,也同時鼓勵各族學習自己的母語,因此馬來西亞人通常都能輕鬆掌握三種基本語言,大部分華人更因為家族的關係而懂得方言,馬來西亞人甚至會因為在馬來西亞這個多元種族和多元文化的生活環境下懂得他族的母語。現今的馬來西亞學生也熱愛學習他族的母語或他國的語言(如日語、韓語、西班牙語等)以讓自己的語文知識再登上一個更高的台階。

廣告-請繼續往下閱讀

在馬來西亞的新教育藍圖下,馬來西亞政府和法律明文規定所有馬來西亞國民必須接受5年中學、6年小學的強制性教育。公立中學以及公立小學由馬來西亞中央政府直接撥款贊助。同時,馬來西亞政府的「貸書計劃」也允許讓所有擁有馬來西亞國籍的國立學校學生借用所有課本,而後在學年結束前歸還。國立高等學府也獲得政府津貼學費。在地學生只需支付大約十分之一的學費就可完成大學課程。